LAYARI LAMAN WEB DAN YOUTUBE BEBAS IKLAN


Iklan adalah antara perkara yang agak menjengkelkan apabila kita melayari sesuatu laman web. Namun begitu, ianya adalah salah satu cara bagaimana pemilik laman web atau para Youtubers menjana pendapatan.



Pelawat boleh bertolak ansur dengan susunan iklan yang kemas dan tidak terlalu semak. Namun begitu, iklan jenis "pop-out" adalah agak menyusahkan kita melayari sesuatu laman web terutamanya apabila kita melayari web tersebut dengan menggunakan telefon bimbit.

Namun begitu, terdapat cara bagaimana untuk anda melayari laman web atau melihat video di Youtube tanpa rasa terganggu dengan iklan yang banyak terutamannya iklan jenis "pop-out".

Berikut adalah bagaimana caranya melayari laman web atau menonton video di Youtube tanpa iklan:

1. Pada pelayar web komputer anda, pergi ke google chrome store dan cari 'Adblock Plus - free ad blocker' atau salin dan tampal alamat dibawah pada pelayar laman web anda.

https://chrome.google.com/webstore/detail/adblock-plus-free-ad-bloc/cfhdojbkjhnklbpkdaibdccddilifddb

2. Tekan butang 'Add to chrome'.


'Adblock Plus - free ad blocker' adalah sejenis 'Extension' untuk pelayar laman web 'Chrome'. Selepas memasang 'Extension' ini, laman web yang anda layari akan bebas daripada iklan dan persisian hasad (malware) yang boleh mengganggu komputer anda.






Extension ini hanya untuk pelayar laman web 'Chrome' pada desktop. Terdapat juga versi desktop untuk pelayar laman web 'Mozilla Firefox'. Tidak ada lagi untuk pelayar laman web telefon mudah alih.

Penafian: Kami sendiri menggunakan iklan sebagai salah satu sumber pendapatan daripada laman web ini dan tujuan artikel adalah adalah untuk editorial. Anda bebas memilih untuk memasang atau tidak 'Extension' ini.

Post a Comment

0 Comments