BAGAIMANA CARA JUMP START KERETA ANDA DENGAN BETUL

Apabila kereta anda tidak dapat dihidupkan, perkara pertama yang akan bermain dalam kepala anda adalah bateri "kong". Kebiasaanya, kereta boleh dihidupkan semula dengan melakukan "jump-start".


Jump start kereta adalah apabila kita menggunakan bantuan kereta lain untuk menghidupkan enjin kereta dengan menyambungkan batteri kereta yang hidup kepada batteri kereta yang mati. Namun begitu, sambungan ini bukanlah sekadar sambungan terus sahaja, tetapi ada cara yang betul melakukannya.

Tips dan cara melakukan jump start dengan betul pada kereta telah dikongsikan oleh laman facebook roadx.my dan berikut adalah bagaimana caranya untuk melakukan jump start pada kereta dengan betul.

1. Kenderaan mestilah dirapatkan supaya kabel ‘jumper‟ boleh disambungkan, tetapi pastikan kenderaan tidak menyentuh satu sama lain.

2. Kenderaan yang membantu mestilah mempunyai bateri 12-volt dan keupayaan (Ah) bateri tidak boleh lebih rendah berbanding bateri yang ingin dibantu. Sekiranya anda masih degil, ia akan menyebabkan kerosakan litar pintas pada kedua-dua kenderaan.

3. Gunakan kabel jumper dengan pengapit bateri berpenebat.

4. Kenderaan mestilah berada dalam keadaan "P" (PARK) untuk transmisi automatik dan "N" (NEUTRAL) untuk transmisi manual.

5. Jangan sambungkan positif (+) kabel ke negatif (-) terminal dan sebaliknya kerana ia boleh menyebabkan bateri meletup.

6. Sambungkan kabel pada terminal (+) bateri dari kereta yang membantu kepada terminal (+) bateri kereta terjejas. Akan tetapi, terminal (-) dari kereta yang membantu mesti disambungkan ke badan kereta yang terjejas, dan BUKAN di terminal (-).

7. Setelah enjin berjaya dihidupkan, biarkan enjin hidup untuk beberapa minit.

8. Buka sambungan kabel mengikut urutan terbalik.

Untuk itu, abaikan gambar penyebaran palsu berkenaan dan sebarkan kepada rakan-rakan cara jumper bateri dengan betul

[SUMBER: ROADX.MY] 

Post a Comment

0 Comments