BAGAIMANA CARANYA MEMBUAT "WHITE BREAD" DI RUMAH

Dikala krisis COVID-19 sedang melanda dunia, antara bekalan makanan penting yang mendapat permintaan tinggi adalah white bread atau roti putih. Permintaan yang tinggi ini menyebabkan kekurangan stok kerana terdapat laporan ada individu yang memborong white bread ini seperti esok hendak kiamat.

Namun begitu, di dunia ini terdapat ramai orang yang berhati mulia yang sanggup mengajarkan kita ilmu yang bermanfaat dan hari ni kami jumpa post yang mengajarkan kita bagaimana caranya membuat white bread di rumah sendiri.


Resepi ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Ummu Salsabila. Menurut beliau, resipi ini di infaqkan kepada netizen bersempena WABAK COVID-19 yg mengakibatkan krisis mendapatkan bekalan roti yang meruncing saat ini dan halal untuk di kongsikan.

Berikut adalah bagaimana caranya untuk kita membuat white bread di rumah sendiri:

Water-Roux method WHITE BREAD (2 loaves saiz 4×8.5×4")

A. WATER ROUX

40gm tepung high protein
200gm air

( Gaulkan kedua-dua bahan ini dlm periuk/pan. Masak di atas api kecil sehingga cecair mengental seperti kastad. Tutup api. Salin ke dlm mangkuk bersih.Tutup dgn plastik cling dan simpan dalam peti sejuk antara 6-12 jam, atau boleh terus digunakan dengan syarat sudah sejuk ke suhu bilik. JANGAN gunakan panas-panas!)

B. UNTUK DOH ROTI

580gm tepung high protein
60gm gula
12gm yis
25gm susu tepung
10gm garam

220gm/ml susu sejuk (segar/UHT/fullcream)
1 biji (50gm) telur
50gm butter

CARA.

A. ULIAN TANGAN

Suamkan susu segar. Masukkan 1 tsp gula dan yis. Gaul dan tunggu berbuih.

Masukkan bahan-bahan lain ke dalam mangkuk besar. Masukkan juga cecair yis. Uli sehingga doh elastik.

B. ULIAN MIXER /BREAD MAKER.

Satukan semua bahan dalam mangkuk mixer/bread maker dan uli dengan speed/setting yang dicadangkan oleh gajet anda.

Doh yang sudah elastik ditimbang dan bahagikan kepada 6 bahagian sama banyak. Canai nipis membujur panjang. Gulung dengan kemas.

Susunkan 3 biji doh bergulung ke dalam 2 buah loyang loaf (saiz 4×8.5×4") yang sudah disapu marjerin.

Jika menggunakan loyang bertutup, bahagian tutup juga perlu disapu marjerin. Loyang begini akan menghasilkan roti yg flat permukaannya. Tutup loyang dan biarkan doh. Biarkan sehingga naik.

Jika menggunakan loyang tanpa penutup, roti akan membukit di bahagian atas.

Doh roti sedia untuk dibakar apabila sudah naik sehingga 3/4 ketinggian loyang. Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan terlebih dahulu. Suhu perlu disetkan mengikut kesuaian oven masing-masing. Masa membakar antara 30-40 minit.


[SUMBER]

Post a Comment

0 Comments