TETAPKAN STATUS LULUS DAN GAGAL PELAJAR BERDASARKAN MARKAH - TIPS EXCEL BAGAIMANA-CARANYA.COM

Antara tutorial yang sering diminta oleh rakan-rakan guru kami adalah tips dan tutorial menggunakan perisian Microsoft Excel. Terdapat banyak kelebihan menggunakan Excel kerana pelbagai formula dan fungsi yang terbina akan memudahkan kerja kita terutama apabila melibatkan pengiraan matematik.



Hari ini, kami berikan salah satu tutorial yang sering digunaka kepada para guru iaitu apabila memasukkan markah, bagaimana caranya untuk menetapkan status lulus atau gagal sesuatu subjek itu berdasarkan markah yang di masukkan.

Berikut adalah caranya, dan di andaikan anda sudah mempunya jadual markah sendiri. Berikut adalah jadual markah contoh yang kami bina sendiri.



Letakkan sel pada bahagian "STATUS" untuk PELAJAR-A, dan masukkan formula berikut:
=IF(E5>40, "LULUS","GAGAL")
 

Pada contoh ini, markah lulus yang lebih besar daripada 40. Pada gambar di atas, terdapat kesilapan simbol "<" dan sepatutnya ">".


Kemudian, letakkan kursor pada bucu bawah sel dan tarik kebawah untuk menyalin formula pada semua sel.

Seterusnya, pilih semua sel pada baris "MARKAH" dan pergi ke bahagian CONDITIONING FORMATING -> HIGHLIGHT CELL RULES -> GREATER THAN. Untuk Fungsi ini, ianya akan mewarnakan sel mengikut jumlah markah. 


Jumlah markah 40 digunakan sebagai penanda aras lulus dan gagal. Sekiranya markah pelajar melebihi 40, sel akan berwarna hijau.


Ulangi langkah di atas, tetapi kali ini pilih EQUAL TO. 


Kali ini kita menetapkan markah untuk 40 dan kebawah, sel akan berwarna merah menandakan gagal.



Setelah selesai, jadual anda akan berfungsi dan anda hanya perlu memasukkan markah sahaja. 


Ini adalah contoh ringkas jadual markah yang boleh anda ikuti. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah dalam memahami tutorial ini, boleh nyatakan di ruangan komen. 

Juga, nyatakan sekiranya ada tutorial untuk Excel yang anda perlukan dan kami akan cuba buatkan. Jangan lupa kongsi tutorial ini kepada rakan anda di Facebook. 

Post a Comment

0 Comments