BAGAIMANA CARANYA TUKAR DOKUMEN FORMAT PDF KEPADA DOC DENGAN MUDAH

Salah satu format fail dokumen yang banyak digunakan di seluruh dunia ialah Portable Document File atau .PDF. Namun begitu, salah satu kekangan dalam format file ini adalah fungsi edit. Biasanya, dokumen jenis borang diedarkan secara dalam talian (online) menggunakan format file .PDF ini. Walaupun terdapat fungsi "fill form" dalam perisian Acrobat Reader, namun masih ada kekangan dan tidak semua seperti fail berformat Document atau .DOC.



Sebenarnya, anda boleh menukarkan format .PDF ini kepada format .DOC dengan mudah dan pantas. Dengan ini anda boleh mengubah atau mengedit dokumen dengan mudah. Berikut adalah bagaimana caranya untuk menukar dokumen berformat .PDF kepada .DOC dengan mudah:

1. Pada pelayar web komputer anda, pergi ke laman web berikut:
https://pdf2doc.com/


2.  Pilih format yang anda hendak tukar. Anda boleh menukar .PDF kepada format selain .DOC seperti .DOCX, .TXT, .JPG, .PNG dan beberapa format lain. Untuk tujuan tutorial ini, kita akan menukar format .PDF kepada .DOC.

3. Tekan 'UPLOAD FILE' dan pilih fail .PDF yang anda hendak tukar. Setelah itu, proses menukar (CONVERTING) akan bermula.



3. Setelah selesai, dokumen anda siap untuk di muat turun (download). Tekan 'DOWNLOAD' untuk mendapatkan dokumen anda.



4. Buka fail yang sudah di muat turun tadi. Ianya akan bertukar format kepada .DOC dan anda boleh edit fail tersebut dengan mudah.



Begitulah mudahnya bagaimana hendak menukar format .PDF kepada format .DOC. Selepas ini, kerja-kerja penyuntingan (edit) dokumen anda akan lebih mudah.

Jangan lupa kongsi post ini sekiranya bermanfaat.

Post a Comment

0 Comments