BAGAIMANA CARANYA UNTUK MEMBINA KUIZ ONLINE MELALUI GOOGLE FORM

Google Form adalah salah satu aplikasi dibawah jenama Google yang mempunyai banyak fungsi yang boleh dimanfaatkan. Kebiasaannya, Google Form digunakan untuk mendapatkan respon mengenai sesuatu perkara atau kaji selidik daripada orang ramai.



Namun begitu, Google Form boleh dimanipulasikan untuk dijadikan alat pengajaran dan pembelajaran secara maya. Guru-guru dan para pensyarah boleh menggunakan Google Form untuk melaksanakan kuiz secara maya.

Berikut adalah bagaimana caranya untuk membina kuiz online melalui Google Form.

1. Buka laman web Gmail pada pautan www.gmail.com menggunakan pelayar internet telefon mudah alih atau pada pelayar komputer anda.


2. Masukkan akaun gmail anda. Untuk guru-guru yang mempunya akaun Google ID (g-xxxxxx@moe-dl.edu.my), boleh gunakan email tersebut. Sekiranya tiada, guna email akaun Google peribadi anda.



3. Masukkan kata laluan yang betul.



4. Klik pada hujung sebelah kanan, sebelah gambar profile anda. 



5. Pilih Google Drive.



6. Klik pada "My Drive" dan pilih "More". Seterusnya pilih "Google Form" dan kemudian "From a template".



7. Pilih pada "Blank Quiz".



8. Isi bahagian penting seperti "NAMA MURID" dan "KELAS".



9. Klik pada bahagian "Blank Quiz" untuk menukar nama kepada nama subjek atau topik kuiz. Seterusnya, sediakan soalan quiz. Anda boleh memilih samaada kuiz itu berbentuk soalan objektif atau subjektif.



10. Klik pada tab "Response" apabila semua soalan sudah siap.



11. Klik pada ikon "Google Spreadsheet".



12. Seterusnya, pilih "Create a new spreadsheet *NAMA KUIZ ANDA*"dan tekan "Create".



13. Klik pada tab "Questions" dan kemudian, pada ikon "Preview" (gambar mata).



14. Disini anda boleh melihat bagaimana bentuk dan paparan kuiz yang telah anda bina tadi.



15.Apabila murid selesai menjawab kuiz tersebut, mereka boleh melihat markah mereka dengan menekan butang "View score".


17. Buka paparan kuiz anda dan hantarkan pautan (link) kuiz melalui Google Classroom kelas anda ataupun aplikasi WhatsApp kelas/sekolah anda.



Jangan lupa berkongsi post ini sekiranya memberi manfaat kepada anda.

Post a Comment

0 Comments