BAGAIMANA CARANYA MENGGUNAKAN GOOGLE CLASSROOM UNTUK GURU MELALUI GOOGLE ID KPM

Google Classroom adalah salah satu aplikasi web dibawah jenama Google. Menurut trend carian daripada Google, terma carian Google Classroom meningkat sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan dan cuti sekolah. Bukan sahaja terma carian ini popular di Malaysia, malahan juga di seluruh dunia.

Proses pengajaran dan pembelajaran mula beralih secara dalam talian dan Google Classroom adalah medium yang semakin popular. Berikut adalah bagaimana caranya menggunakan Google Classroom untuk para guru melalui Google ID yang dibekalkan oleh KPM.

1. Pastikan anda sudah mempunyai akses kepada akaun Google ID KPM anda. Pergi ke laman web berkut:

http://moe-dl.edu.my





2. Klik pada bahagian log masuk dan masukkan Google ID KPM anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah, sila berhubung dengan pentadbir GC atau guru ICT sekolah masing-masing.


3. Pada paparan antaramuka guru, anda mempunyai banyak pilihan menu. Tetapi panduan pada posting ini akan memfokuskan pada Buku Teks Digital KPM dan Google Classroom. Klik pada bahagian Buku Teks Digital untuk mengakses senarai buku teks digital yang telah disediakan oleh KPM. Anda boleh muat turun buku teks digital melalui pautan ini.


4. Seterusnya, kembali ke menu utama paparan antaramuka guru dan pilih pada menu ke 2 iaitu "Aktiviti". Pada menu aktiviti, ada beberapa sub-menu dan salah satunya adala Google Classroom. Klik pada ikon Google Classroom tersebut.



5. Pada paparan antamuka Google Classroom, klik pada bahagian "Klik Untuk Mula".



6. Seterusnya, pada bahagian penjuru sebelah kanan skrin laptop / komputer anda, anda boleh memilih untuk mengikut kelas sedia ada (Join class) atau mencipta kelas baru (Create class). Panduan pada post ini adalah untuk kedua-duanya. Pilih pada "Create class".



7. Kotak seperti ini akan terpapar. Isi ruangan keterangan kelas anda. Contoh adalah seperti tangkap layar dibawah.



8. Kelas baru anda telah dicipta. Anda boleh menjemput rakan guru anda ataupun pelajar anda untuk mengikuti kelas dengan memberikan kod kelas seperti pada tangkap layar dibawah. Sekiranya anda ingin mengikuti kelas orang lain, pada langkah #6, sila pilih "Join class" dan masukkan 6 kod huruf kelas.


9. Anda boleh memberikan tugasan ataupun ujian kepada pelajar didalam kelas anda. Plih pada bahagian "Classwork". Pada bahagian "Create", pilih samaada anda ingin memberikan tugasan (Assignment) ataupun kuiz/ujian (Quiz Assignment).



10. Berikut adalah paparan untuk antaramuka tugasan (Assignment). Anda boleh memberikan tugasan kepada pelajar anda serta menetapkan markah tugasan, tarikh penghantaran, topik tugasan serta memuat naik (upload) kriteria (Rubric) pemarkahan tugasan.



11. Pada paparan antaramuka kuiz/ujian (Quiz assignment), item yang dipaparkan adalah sama dengan paparan antaramuka tugasan namun anda boleh menggunakan Google Form untuk melaksanakan dan menjalankan ujian bagi kelas anda. Anda boleh rujuk post bagaimana caranya membina kuiz menggunakan Google Form. Pada kedua-dua paparan antaramuka juga anda boleh memuat naik lampiran (attachment).



Berikut adalah secara ringkas bagaimana guru dan pensyarah boleh melaksanakan sessi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian menggunakan Google Classroom. Diharap dapat membantu dan menjadi rujukan ringkas kepada yang memerlukan. 

Jangan lupa kongsi post ini sekiranya bermanfaat!

Post a Comment

0 Comments