BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUAT PENGELUARAN i-Lestari KWSP

BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUAT PENGELUARAN i-Lestari KWSP?

Bermula 1 April 2020, kerajaan telah membenarkan pencarum KWSP untuk mengeluarkan simpanan pada akaun 2 KWSP mereka. Pengeluaran ini dikategorikan sebagai i-Lestari dengan jumlah pengluaran RM500 Sebulan maksimum untuk 12 bulan. Terdapat 3 kaedah dan cara bagaimana untuk anda membuat pengeluaran i-Lestari KWSP.


Pemohon yang layak untuk memohon pengeluaran i-Lestari adalah seperti berikut:

1. Warga negara Malaysia ataupun Penduduk Tetap.

2. Berumur dibawah 55 tahun.

3. Mempunya baki pada akaun 2 KWSP.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (e-Pengeluaran via i-Akaun). Sekiranya tiada i-Akaun, anda boleh mendaftar i-Akaun melalui cara berikut.

1. Dail pusat panggilan KWSP di talian +603 - 89226000. Tekan 2 dan maklumkan pegawai khidmat pelanggan anda ingin membuka i-Akaun.

2. Pegawai khidmat pelanggan akan bertanya beberapa soalan sebagai langkah pengesahan maklumat pelanggan. Silat catatkan nombor akaun KWSP anda.

3. KWSP akan menghantar pin nombor pengesahan melalui sms. Buka laman web KWSP dan masukkan nombor kad pengenalan serta nombor pin yang telah dihantar ke SMS anda tadi.

4. Cipta nama pengguna dan kata laluan anda.

5. Selesai.

Seterusnya, anda juga boleh melakukan pengeluaran melalui email. Muat turun dan isi borang ini kemudian hantarkan ke  ilestarimohon@epf.gov.my

Selain daripada email, anda juga boleh menghantar borang tersebut melalui pos ke alamat  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (Pengeluaran i-Lestari).

Tujuan pengeluaran ini adalah untuk meringankan beban isi rumah dalam menghadapi krisis COVID-19. Pengeluaran jenis ini juga adalah secara pilihan kepada yang berkehendak dan bukannya pengeluaran wajib.

Post a Comment

0 Comments