BAGAIMANA CARANYA MELAKUKAN SOLAT SUNAT HAJAT

BAGAIMANA CARANYA MELAKUKAN SOLAT SUNAT HAJAT



Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam kesulitan. Kebiasaannya, solat hajat dilakukan secara bersendirian, namun boleh juga dilakukan secara berjemaah sekiranya berhadapan kesulitan umum atau mahu berniat seperti kemarau, sakit, dan peperiksaan.




Berikut adalah bagaimana caranya kita hendak melakukan solat hajat secara sendiri di rumah:

NIAT:


USOLLI SUNNATAL HAJATI RAK'ATAINI LILLAHI TAALA
"SAHAJA AKU SOLAT SUNAT HAJAT DUA RAKAAT KERANA ALLAH TAALA"

CARA MELAKUKAN SOLAT HAJAT:


1. Mulakan dengan niat solat hajat.

2. Rakaat pertama - Baca surah Al Fatihah 1 kali.

Bismillah hir-rohmaa nir-rohim.
ALHAMDU LILAHI ROBBIL'ALAMIN. AR ROHMANIR-ROHIM. MALIKI-YAWMIDDIN. IYAKA NA'BUDU WA-IYYAKA-NAST'AIN. IHDINOS SIROTHOL MUSTAQIM. SIROTHOL-LAZINA AN'AMTA 'ALAIHIM. H'OIRIL MA'DHUBI 'ALAIHIM WALAD-DHOLLIN

3. Selepas Al-Fatihah, baca surah Al-Kafirun sekali (ringkas) atau 11 kali.

BISMILLAAHIR-RAHMAANIR-RAHIIM.
QUL YAA AYYUHAL KAAFIRUUN. LAA A'BUDU MAA TA'BUDUUN. WA LAA ANTUM. ABIDUUNA MAA A'BUD. WA LAA ANA AABIDUN MAA ABADTUM. WA LAA ANTUM ABIDUUNA MAA A'BUD. LAKUM DIINUKUM WA LIYADIIN

4. Rakaat kedua - Surah Al Fatihah 1 kali

5. Baca surah Al Ikhlas 1 kali (ringkas) atau 11 kali.

BISMILLAAHIR-RAHMAANIR-RAHIIM.
QUL HUWALLAAHU AHAD. ALLAAHUS-SAMAD. LAM YALID WA LAM YUULAD. WA LAM YAKUL LAHU KUFUAN AHAD

6. Selepas memberi salam pada tahiyat akhir, terus sujud dan bacalah tasbih "LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZHOOLIMEEN" sebanyak 41x. Selepas membaca tasbih tersebut bolehlah berdoalah untuk memohon apa sahaja hajat yang diiginkan (masih dalam keadaan sujud)

Selesai doa (dalam sujud tadi), maka bangun kembali dlaam tahiyat akhir dan memberi salam. Berzikir dan sambung berdoa yang dihajati tadi.

Semoga segala apa yang kita minta dan kita hajati dimakbulkan.

Post a Comment

0 Comments