BAGAIMANA CARANYA MENGGUNAKAN GOOGLE MEET MELALUI GOOGLE ID KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sebagaimana yang kita maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia telah memasuki fasa ke 3. Kebanyakan sekolah telah melaksanakan sessi Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) secara dalam talian.

Tahun lepas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membekalkan semua guru dan pelajar dengan Google ID. Secara umumnya, Google ID KPM adalah akaun langganan G Suite daripada google. Salah satu kelebihan Google ID ialah penggunaan aplikasi Google Meet. 

Jika anda mempunyai akaun Google yang biasa (percuma), anda tidak boleh menjadi "host" untuk melaksanakan mesyuarat dengan aplikasi Google Meet ini. Tetapi, Google ID KPM adalah akaun langganan G Suite yang mana setiap ID boleh menjadi "host" dan mempengerusikan mesyuarat.

Berikut adalah bagaimana caranya menggunakan Google Meet melalui Google ID KPM:

1. Buka meet.google.com dan daftar masuk menggunakan Google ID KPM anda. Google ID KPM ini boleh didapat melalui pentadbir Google ID sekolah yang telah dilantik. Kebiasaannya adalah guru data ataupun guru ICT.




2. Seterusnya, klik pada bahagian "+ Join or start a meeting"



3. Taipkan nama mesyuarat untuk organisasi anda. Contohnya, "MesyuaratOnlineSK-ABC"



4. Klik continue. Webcam anda akan berkelip dan mesyuarat telah di cipta. Kemudian, klik pada bahagian "Join now" untuk mendapatkan info dan link kepada mesyuarat yang anda telah cipta tadi.



5. Anda boleh melihat perincian mesyuarat anda serta pautan yang boleh diberikan kepada peserta mesyuarat anda. 



6. Sekiranya peserta mesyuarat anda ingin mengikut mesyuarat melalui telefon bimbit, pada aplikasi Meet, masukkan kod mesyuarat. Contoh kod mesyuarat adalah seperti berikut:
hxxps://meet.google.com/jrf-xxx-xx

Hanya perlu masukkan "jrf-xxx-xx" dan tekan join meeting. Pengerusi mesyuarat akan mengesahkan identity ada dan boleh menerima atau menolak permintaan anda untuk menyertai mesyuarat tadi.

Di harap para guru dan pelajar boleh sama-sama memanfaatkan aplikasi ini untuk melaksanakan sessi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian secara leboh efektif. Share sekiranya bermanfaat!

Post a Comment

0 Comments