BAGAIMANA CARANYA MEMILIH BUAH TEMBIKAI YANG BAGUS

Buah tembikai adalah antara buat yang senang didapati di pasarraya mahupun di gerai tepi jalan. Buah ini biasanya sedap dimakan ketika cuaca panas kerana sifatnya yang agak berair.



Namun begitu, memilih buah tembikai memerlukan kemahiran dan sebenarnya, tidaklah sesusah mana pun.

Berikut adalah bagaimana cara untuk memilih buah tembikai yang bagus dan sedap:

1. Lihat pada "webbing" di bahagian bawah atau tepi. Bintik-bintik coklat seperti jaring pada buah tembikai bermaksud lebah telah menyentuh ketika proses pendebungaan tembikai tersebut dan lebih banyak lebah ketika pendebungaan, buahnya lebih manis.




2. Lihat pada kawasan "field spot". Warna kuning bahagian tepi/bawah dikenali sebagai "field spot" yang mana tempat buah tembikai terletak di tanah. Buah tembikai yang telah matang/masak akan menunjukkan warna kekuningan dan bukannya warna putih.



3. Perhatikan pada saiz buah termikai tersebut. Adalah lebih baik jika memilih tembikai bersaiz sederhana. Aambil maklum buah yang kecil atau besar, buah sepatutnya lebih berat berbanding saiznya.



4. Petani mengklasifikasikan buah tembikai mengikut jantina. Buah jantan lebih besar dan mempunyai bentuk lonjong. Rasanya agak berair manakala buah betina mempunyai bentuk bulan dan rasanya lebih manis.



5. Periksa bahagian pucuk/tangkai. Pucuk/tangkai yang kering menunjukkan buat tembikai sudah masak/matang. Tetapi jika pucuk/tangkai kering, buah tembikai tersebut dipetik terlalu awal dan tidak akan masak.



Harap lepas ini anda semua sudah tahu dan boleh memilih buah tembikai yang bagus. Share post ini sekiranya bermanfaat!

[SUMBER: FACEBOOK]

Post a Comment

0 Comments