BAGAIMANA CARANYA MEMBUAT "DIY HAND SANITIZER" DI RUMAH DENGAN MUDAH.

Seperti yang kita semua ketahui, wabak pandemik COVID-19 telah melanda seluruh dunia dan akibatnya, permintaan untuk "hand sanitizer" atau pembersih tangan semakin meningkat. Akibatnya, stok hand sanitizer telah habis dan sukar diperolehi. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk memborong stok dengan banyak dan menjualnya dengan harga yang lebih tinggi.



Namun begitu, terdapat beberapa post viral tentang bagaimana cara-cara membuat hand sanitizer sendiri dengan mencampurkan beberapa jenis bahan kimia seperti alkohol, minyak pati (essential oil) dan air suling. Berikut adalah bagaimana cara yang betul untuk membuat hand sanitizer secara DIY di rumah anda.

BAHAN-BAHAN:

1 cawan isopropil alkohol 99%
1 sudu besar hidrogen peroksida 3%
1 sudu teh gliserin 98% 
¼ cawan (atau 65 mililiter) air suling atau air sejuk yang direbus

CARA PEMBUATAN:

1. Tuangkan alkohol ke dalam bekas bersaiz sederhana dengan muncung curah. Peratusan pada label isopropil alkohol merujuk kepada kepekatan alkohol di dalamnya. Anda menggunakan alkohol hampir tulen jika ianya adalah 99.8%, sedangkan 70% bermakna botol itu hanya sedikit lebih daripada dua pertiga alkohol, dan selebihnya adalah air.

2. Tambahkan hidrogen peroksida.

3. Tambah gliserin dan kacau. Bahan ini lebih tebal daripada alkohol dan hidrogen peroksida, proses mengacau bahan-bahan tersebut tadi akan mengambil masa untuk menyebatikan semuanya. Anda boleh menggunakan sudu yang bersih atau, jika bekas anda mempunyai penutup, anda boleh meletakkannya dan goncangkannya sehingga sebati.

4. Sukat dan tuangkan air. Ukur ¼ secawan air suling atau yang direbus dan tambah ke campuran anda. Kacau.

5. Bersihkan botol semburan anda dan tuangkan hand sanitizer anda. Sembur alkohol yang tersisa ke dalam botol anda dan biarkan sehingga alkohol telah meruap. Tuangkan hand sanitizer anda.

6. Label botol anda.

PERINGATAN:

1. Setiasa berhati-hati sekiranya anda mengendalikan bahan kimia berasaskan alkohol kerana alkohol adalah bahan kimia mudah terbakar.

2. Fungsi hand sanitizer hanya bila ada tidak mempunyai air dan sabun. Sekiranya terdapat air dan sabun berdekatan, ianya lebih berkesan untuk anda mencuci tangan dengan air dan sabun. Ikuti tatacara mencuci tangan dengan betul


[Sumber: POPULAR SCIENCE]

Post a Comment

0 Comments