MINUMAN UNTUK BUANG LEMAK KEMPISKAN PERUT BUNCIT

Salah satu perkara yang agak menjengkelkan ialah perut yang buncit. Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan perut buncit.


Yang pertama ialah pengambilan kalori yang berlebihan. Jumlah kalori yang diambil melebihi jumlah yang dibakar. Selain itu, makan terlalu banyak dan kurang bersenam adalah punca kenapa badan kita semakin membesar.

Kurang tidur juga dikatakan salah satu punca mengapa lemak boleh berkumpul di bahagian perut. Tidur yang cukup iaitu 6-8 jam bukan sahaja baik untuk kesihatan fizikal malahan juga kesihatan mental. Rehat yang cukup memastikan otak kita dapat berfungsi dengan baik.


Untuk menghilangkan lemak dibahagian perut, senaman yang dilakukan hendaklah fokus pada bahagian perut. 

Namun begitu, terdapat cara lain iaitu denga mengamalkan minuman menghapuskan lemak setiap hari untuk mempercepatkan pembuangan lemak dan mengempiskan perut yang buncit.

Berikut adalah cara bagaimana menyediakan minuman untuk membuang lemak dan mengempiskan perut:


1. Cuci 4-5 biji lemon dengan air bersih.



2. Belah 2 lemon dan peraskan airnya.

3. Rebus lemon yang telah diperas dengan air selama 30 minit.

4. setelah selesai, sejukkan hasil rebusan.

5.Tambahkan jus lemon yang telah di perah kedalam air rebusan tadi. Kemudian, simpan didalam peti sejuk.

Air yang disediakan tadi hendaklah diminum sejam sebelum waktu makan.


Antara kelebihan air yang disediakan tadi adalah membantu memastikan badan sentiasa hidrasi selain mengekalkan PH badan yang seimbang. Ianya juga dikatakan baik untuk mengurangkan sakit-sakit sendiri dan mengekalkan sistem pencernaan. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan jangan lupa kongsikan artikel ini kepada kawan-kawan anda anda yang ingin menghilangkan perut buncit.

Post a Comment

0 Comments