BAGAIMANA CARANYA MEMBUANG LATAR BELAKANG MENGGUNAKAN MICROSOFT POWER POINT DENGAN MUDAH

Antara perisian yang sangat berguna dalam kehidupan seharian kita adalah Microsoft Power Point. Biasanya, Power Point digunakan apabila kita hendak membentangkan sesuatu. Terdapat pelbagai templat pembentangan yang unik dan menarik yang boleh kita gunakan. Selain itu, guru-guru juga mula menggunakan Power Point dalam sessi pengajaran dan pembelajaran mereka.



Sebenarnya, Power Point ini bukan sahaja digunakan untuk pembentangan, tetapi banyak fungsi menarik yang boleh dimanipulasikan dan digunakan dalam memudahkan kerja seharian kita. Antara fungsi yang boleh digunakan adalah membuang latar belakang pada sesuatu gambar. Tidak semua komputer atau desktop dirumah kita mempunya perisian pengeditan gambar yang canggih seperti Adobe Photoshop, namun begitu rata-rata mempunyai perisian Power Point.

Membuang latar belakang pada gambar menggunakan power point adalah sangat mudah sebenarnya. Berikut adalah cara bagaimana membuang gambar latar belakang menggunakan power point:

1. Pilih pada gambar yang anda hendak buat latar belakangnya dan tekan pada tab 'Format'. Tekan fungsi 'Remove Background'


2. Gambar anda akan menjadi seperti berikut. Bahagian yang berwarna ungu adalah bahagian yang akan dipadam.


3. Jika dilihat, terdapat beberapa bahagian pada subjek yang termasuk dalam bahagian berwarna ungu. Gunakan fungsi 'Mark Area To Keep' dan pilih bahagian pada subjek yang anda hendak kekalkan manakala fungsi 'Mark Areas To Remove' pula untuk pilihi pada bahagian yang anda hendak padamkan.

4. Hanya perlu klik berulang kali sehingga anda puas hati dengan hasilnya. Bergantung pada resolusi gambar dan jenis gambar, proses membuang latar belakang mungkin memerlukan anda klik pada bahagian yang sama berulang kali. Rujuk gambar dibawah.


5. Tekan pada 'Keep Changes' dan latar belakang gambar anda akan hilang.


Proses ini sebenarnya mudah terutamanya apabila gambar subjek anda mempunya perbezaan yang agak ketara dengan latar belakang. Adalah lebih baik menggunakan gambar yang mempunyai resolusi tinggi.

Selepas ini anda mencuba sendiri tutorial ini. Pada post yang lain, kami akan cuba mengajarkan fungsi lain dalam perisian Power Point ini pula.

Jangan lupa like laman Facebook Bagaimana-caranya dan share post ini jika bermanfaat.


Post a Comment

0 Comments