MUAT TURUN AUDIO DAN VIDEO DARI YOUTUBE DENGAN MUDAH

YouTube adalah sumber audio dan video terbesar didunia. Lebih kurang 300 jam video di muat naik ke YouTube setiap minit. Ini bermakna, jumlah sumber audio dan video di youtube adalah sangat banyak.



Salah satu kelebihan audio dan video dari YouTube adalah terdapat audio dan video yang bebas hak cipta. Ini bermakna,anda bebas untuk menggunakan dan menyunting audio dan video tersebut untuk kegunaan samaada peribadi ataupun komersil. Antara contoh saluran yang menyediakan audio dan video bebas hak cipta adalah FMFVNC. Boleh subscribe saluran tersebut.

Terdapat beberapa laman web yang menyediakan servis memuat turun audio dan video daripada YouTube secara percuma tetapi kami mencadangkan laman web ytmp3.cc kerana antaramuka yang bebas dan kurang iklan serta penggunaan yang sangat mudah.

Berikut adalah bagaimana caranya untuk muat turun audio dan video daripada YouTube dengan mudah:

1. Pada pelayar web komputer/desktop anda, pergi ke laman saluran youtube FMFVNC.



2.  Pilih audio atau video yang anda hendak muat turun. Salin (copy) alamat URL audio atau video tersebut.



3. Buka tab baru pada pelayar web anda dan pergi ke laman web ytmp3.cc
https://ytmp3.cc/en13/
4. Tampal(paste) alamat URL audio atau video yang anda hendak muat turun pada kotak yang disediakan dan tekan butang 'Convert'.



4. Setelah selesai, pilih pada tab 'MP3' atau 'MP4' untuk muat turun samaada audio atau video.


5. Fail akan dimuat turun kedalam komputer anda.

Sangat mudah dan menggunakan servis daripada laman web ytmp3.cc ini selain daripada percuma. Sekiranya anda memerlukan audio latar atau muzik isian (filler music) untuk projek anda, bolehlah gunakan cara ini untuk dapatkan audio atau video bebas hakcipta. Jangan lupa kongsikan tutorial ini sekiranya bermanfaat.

Post a Comment

0 Comments