APLIKASI UNTUK MENYUNTING VIDEO DENGAN MUDAH DARI TELEFON BIMBIT - QUIK

Membuat sebuah video dahulunya merupakan tugas yang agak susah kerana kebiasaannya, kita menggunakan laptop atau dekstop. Namun begitu, perkembangan teknlogi yang pesat, banyak aplikasi suntingan video telah dikeluarkan. Hari ini, kita boleh melalukan suntingan video hanya dari telefon bimbit. Kami ingin berkongsi satu aplikasi suntingan video yang boleh didapat secara percuma untuk telefon bimbit yang menjalankan sistem operasi android dan ios iaitu aplikasi Quik. Aplikasi ini dihasilkan oleh syarikat yang sama yang menghasilkan camera GoPro iaitu GoPro Inc.



Dengan aplikasi Quik, anda boleh membuat video yang menarik dengan hanya beberapa langkah sahaja. Anda boleh memilih foto dan klip video kegemaran anda kemudian biarkan Quik menguruskan dan menghasilkan video yang menarik. Dengan masa yang singkat, pilih gambar atau klip video anda yang menarik, menambah efek video yang menarik, dan memasukkan lagu atau muzik kegemaran anda. Anda juga boleh menambah tulisan dan seterusnya berkongsi hasil video dengan rakan-rakan anda.

MUAT TURUN QUIK: ANDROID | IOS



Berikut adalah bagaimana caranya menyunting video dengan alikasi Quik:

1. Pilih dan tambah gambar, video serta text.

2. Selaraskan video dengan muzik atau potong video secara manual.

3. Pilih jenis font, durasi video serta format video.

4. Simpan video didalam memori telefon. Anda juga boleh berkongsi video anda melalui platform Youtube, Facebook dan lain-lain lagi.

Selepas ini, anda boleh menghasilkan video bertemakan apa saja, dimana saja serta dengan siapa saja dengan mudah hanya dari telefon mudah alih anda.

Post a Comment

0 Comments