Pertanian adalah sains dan seni untuk menanam tumbuhan dan ternakan. Pertanian biasanya dibuat dikawasan lapang yang bertanah. Kini, lebih ramai yang berminat untuk menanam buah-buahan dan sayuran di halaman rumah masing-masing. Hasil perkongsian seorang pengguna Facebook, kini anda boleh menanam kobis dirumah anda dan hanya menggunakan pasu sahaja.
1. Sediakan tanah. Tanah yang sesuai untuk tanaman boleh diperolehi di kedai yang menjual alatan pertanian.
2. Semai biji benih didalam dulang semaian. Dulang semaian boleh didapati di kedai serbaguna.
3. Ketika fasa semaian, lakukan siraman hanya pada waktu pagi sahaja untuk melembapkan tanah dan pastikan dulang semaian diletakkan di kawasan yang tidak terlalu panas.
4. Apabila sudah daun semaian sudah mula kelihatan, pindahkan tanaman ke pasu besar. Hanya letakkan tanah separuh pasu sahaja dan apabila tanaman sudah membesar dan meninggi, barula ditambah tanah untuk menutup batang pokok untuk mempercepatkan kobis terbentuk.
5. Pada awalnya, hanya letakkan tanaman dikawasan redup selama 3-4 hari. Tetapi selepas itu bolehlah di pindahkan di tempat yang panas.
6. Bergantung kepada kelembapan tanah, siram tanaman pada waktu pagi dan petang dan siram pada bahagian batang. Siraman dari atas tanaman akan menjadikan kobis busuk.
7. Letakkan baja 2 minggu sekali dan kawalan serangga seminggu sekali.
8. Kobis akan terbentuk dalam tempoh 3 bulan bergantung kepada cara penjagaan.
Berikut adalah gambar hasil yang dikongsikan pengguna Facebook setelah mencuba teknik ini.
Agak mudah juga sebenarnya untuk bercucuk tanam dari rumah. Selamat mencuba!
0 Comments