BAGAIMANA CARANYA MELANGGAN NETFLIX

Netflix adalah perkhidmatan streaming yang menawarkan pelbagai rancangan TV, filem, anime, dokumentari dan banyak lagi pada beribu-ribu peranti yang bersambung dengan internet.



Sebagai pelanggan Netflix, anda akan dibilkan sekali sebulan pada tarikh anda mula mendaftar. Tidak ada kontrak, tiada yuran pembatalan, dan tiada komitmen. Sekiranya anda memutuskan Netflix bukan untuk anda, anda sentiasa mempunyai pilihan untuk membatalkan langganan pada bila-bila masa, atau dengan menghubungi kami.

Berikut adalah bagaimana caranya untuk anda melanggan Netflix.

ANDROID

  1. Muat turun aplikasi Netflix dari gedung Google Play pada peranti yang menjalankan Android 5.0 atau ke atas atau;
  2. Lawati netflix.com/signup dari pelayar mudah alih pada peranti anda.
  3. Dari aplikasi Netflix atau netflix.com anda boleh: Pilih pelan yang sesuai untuk anda. Anda boleh menukar plan pada bila-bila masa.
  4. Buat akaun dengan memasukkan alamat e-mel anda dan buat kata laluan.
  5. Masukkan kaedah pembayaran.
  6. Selesai.


IPHONE, IPAD ATAU IPOD TOUCH

  1. Lawati netflix.com/signup dari pelayar mudah alih. NOTA: Pendaftaran tidak disokong pada aplikasi iOS Netflix. Pilih pelan yang sesuai untuk anda. Anda boleh menukar plan pada bila-bila masa.
  2. Buat akaun dengan memasukkan alamat e-mel anda dan buat kata laluan.
  3. Masukkan kaedah pembayaran.
  4. Muat turun dan log masuk ke aplikasi Netflix pada peranti yang menjalankan iOS 12.0 atau ke atas.
  5. Selesai.


KOMPUTER DESKTOP/LAPTOP

  1. Lawati netflix.com/signup. Anda boleh menukar plan pada bila-bila masa.
  2. Buat akaun dengan memasukkan alamat e-mel anda dan buat kata laluan.
  3. Masukkan kaedah pembayaran.
  4. Selesai


Post a Comment

0 Comments