BAGAIMANA CARANYA MEMBUAT RESEPI AYAM GORENG MAMAK

Ayam goreng mamak adalah antara menu yang biasa kita pesan sekiranya duduk dan makan di kedai mamak. Rasanya garing dan sedap, namun tidak ramai yang tahu bagaimana caranya membuat resepi ayam goreng mamak ini.



Resepi ini kami jumpa melalui hasil perkongsian seorang pengguna Facebook dan berikut adalah bagaimana caranya  membuat resepi ayam goreng mamak.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam
  • 6 sudu makan tepung jagung
  • 6 sudu makan tepung beras
  • 3 tangkai daun kari
BAHAN UNTUK DIKISAR:

  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 5 tangkai cili kering
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan serbuk lada sulah
CARA PEMBUATAN:
  1. Perap ayam dgn bahan-bahan yang kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Lebih lama tempoh perapan, lebih sedap rasanya.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak.

Post a Comment

0 Comments