BAGAIMANA CARANYA MENGHASILKAN QR CODE MY SEJAHTERA UNTUK KEDIAMAN SENDIRI

Berdasarkan keputusan Majlis Keselamatan Negera mengenai kebenaran ziarah hari raya di kawasan PKP dan PKPB, tuan rumah digalakkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu badan, menggunakan QR Code MySejahtera atau menyediakan buku bagi mencatatkan nama dan nombor telefon tetamu.

Menyediakan QR Code MySejahtera adalah sangat mudah sebenarnya dan ianya juga boleh digunakan untuk kediaman persendirian. Berikut adalah bagaimana caranya untuk menghasilkan QR Code MySejahtera untuk kediaman persendirian dengan mudah. Untuk rekod, kami menggunakan ipad untuk menghasilkan QR Code MySejahtera ini, tetapi cara yang sama boleh digunakan untuk versi telefon bimbit ataupun komputer/laptop.

1. Buka pelayar web anda dan pergi ke alamat URL berikut https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/


2. Seterusnya, klik pada "Register MySejahtera Check-In” atau “Daftar MySejahtera Check In”.


3. Masukkan nombor telefon dan tunggu kod OTP dihantar pada nombor telefon yang telah didaftarkan.


4. Isikan maklumat kediaman. 


5. Setelah semua maklumat telah diisikan, tekan butang "submit"


6. QR Code MySejahtera untuk kediaman anda telah selesai dijana. Tetamu yang hadir berziarah boleh mengimbas QR Code Mysejahtera anda.

Pastikan anda mematuhi SOP dan penjarakkan sosial bagi mengekang penularan virus COVID-19 di kawasan anda.

Post a Comment

0 Comments