BAGAIMANA CARANYA PERBAHARUI ROAD TAX MENGGUNAKAN SERVIS MYEG

Salah satu kemudahan yang masih tidak ramai orang gunakan adalah perkhidmatan perbaharui cukai jalan (road tax) secara dalam talian (on line) menggunakan servis MyEG. Perkhidmatan ini termasuklah memperbaharui insuran kereta. 



Berikut adalah bagaimana caranya memperbaharui cukai jalan menggunakan servis MyEG.

Pengguna hendaklah berdaftar dengan MyEG. Boleh pergi ke laman web berikut untuk mendaftar :

https://www.myeg.com.my/register

Selepas tu, daftar masuk (login) pada laman web MyEG tersebut.

Untuk memperbaharui insuran:

Langkah 1: 
Klik icon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Langkah 2: 
Klik pada butang butang Auto Insurance Renew

Langkah 3:
Skrin akan memaparkan syarikat-syarikat insurans atau takaful yang menawarkan produk mereka menerusi MyEG. Pada masa artikel ini ditulis, terdapat hanya 6 buah syarikat iaitu AIG, Zurich Takaful, eTiQa Takaful, RHB Insurance, Berjaya Sompo Insurance Berhad dan Takaful Malaysia.

Langkah 4: 
Untuk teruskan, klik sahaja pada icon syarikat yang anda pilih, untuk artikel ini, saya tunjukkan Takaful Malaysia (boleh dikatakan langkah dan proses yang sama sahaja akan dilalui apabila pilih yang lain).

Selepas isi nombor MyKad, kelayakan NCD akan terus dipaparkan. Isikan sahaja maklumat yang diminta. Anda boleh tetapkan amaun yang ingin dilindungi (biasanya mengikut harga semasa kereta) dan juga tambah maklumat pemandu tambahan.

Langkah 5: 
Selepas dah isi semua maklumat, sebut harga penuh akan ditunjukkan dan jika setuju dan berpuas hati, boleh teruskan untuk buat bayaran.

Langkah 6: 
Untuk buat bayaran, boleh pilih sama ada nak buat bayaran menggunakan kad kredit atau perbankan online seperti FPX, Mayabank2u, RHB Online dan Public Bank Online.

Langkah 7: 
Selepas buat bayaran, boleh muat turun resit bayaran dan sijil perlindungan (cover note) yang diberikan.

Selepas selesai urusan insurans takaful kereta, bolehlah perbaharui cukai jalan (road tax) pula.

Sekiranya anda tidak menggunakan khidmat perbaharui insuran kereta melalui MyEG dan menggunakan khidmat ejen insuran, anda masih boleh menggunakan MyEG untuk perbaharui cukai jalan anda.

Langkah 1: 
Selepas login dan pilih Jabatan Pengangkutan Jalan, klik butang Road Tax Renewal/Baharui Cukai Jalan.

Langkah 2: 
Isi semua maklumat yang diminta seperti nombor MyKad, nama, nombor telefon, alamat emel, nombor pendaftaran kereta dan tempoh perbaharui cukai jalan.

Langkah 3: 
Pilih cara penghantaran road tax, sama ada anda nak ambil sendiri di pejabat MyEg di Bandar Utama, Kuala Lumpur, atau dihantar ke alamat pilihan anda sama ada di rumah atau pejabat. sekiranya anda pilih penghantaran road tax  ke alamat pilihan, Ada caj penghantaran.
Selepas isi semua maklumat, klik butang Proceed.

Langkah 4: 
Maklumat road tax dan kos-kos yang terlibat akan dipaparkan.
Kalau setuju dan berpuas hati, boleh teruskan untuk buat bayaran dengan klik butang Confirm & Pay.

Langkah 5: 
Untuk buat bayaran, boleh pilih sama ada mahu gunakan kad kredit, perbankan internet atau akaun prabayar MyEG. Selepas selesai buat bayaran, boleh muat turun resit. Dan tunggu roadtax sampai ke alamat yg anda kehendaki.


Berdasarkan laman web MyEG, terdapat 2 jenis penghantaran iaitu:

Penghantaran Biasa
Lembah Klang: RM 6 (dalam masa 2 hari bekerja)
Semenanjung Malaysia: RM 8 (bandar: dalam masa 2-3 hari bekerja, luar bandar: dalam masa 3-5 hari bekerja)
Sabah & Sarawak: RM 10 (dalam masa 5 hari bekerja)
Penghantaran Prioriti
Lembah Klang: RM 20 (dalam masa 1 hari bekerja)
*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Cara dan perkhidmatan MyEG ini sesuai digunakan untuk mereka yang sibuk dan tidak ada masa untuk berurusan di kaunter ejen insuran dan Jabatan Pengangkutan Jalan. 

Selamat mencuba dan jangan lupa share post ini sekiranya bermanfaat.

Post a Comment

0 Comments