BAGAIMANA CARANYA MEMBUAT PENGELUARAN ASNB SECARA ONLINE

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) hari ini mengumumkan kemudahan pengeluaran pelaburan secara dalam talian untuk dana unit amanah terpilih di bawah pengurusannya menerusi portal myASNB. Namun begitu, pengeluaran adalah dihadkan kepada maksium 3 pengeluaran dengan jumlah terkumpul sebanyak RM500.



Berikut adalah bagaimana caranya membuat pengeluaran ASNB secara online:

1. Buka pelayar laman web di komputer/laptop atau telefon bimbit anda dan pergi ke laman web ASNB dan daftar masuk pada akaun myASNB anda. Berikut adalah url myASNB:

http://www.myasnb.com.my


2. Klik pada protfolio, kemudian klik transaksi pada unit amanah yang dikehendaki. Pilih Jualan Balik.



3. Masukkan dan periksa maklumat akaun bank anda dan pastikan maklumat tersebut betul. Kemudian, klik Seterusnya.



4.Baca maklumat yang tertera ada paparan laman web tersebut. Tandakan pada kotak pengisytiharan dan kemudian klik Seterusnya.



5. Masukkan amaun atau jumlah yang hendak dikeluarkan. Harus diingat jumlah pengeluaran minimum adalah RM100 dan anda hanya boleh membuat pengeluaran sebanyak 3 kali dalam sebulan dengan jumlah maksimum RM500. Klik Seterusnya.



6. Klik pada Pemintaan TAC. Nombor pengesahan TAC akan dihantar ke nombor telefon bimbit anda yang berdaftar dengan ASNB. 

7. Masukkan nombor TAC yang dihantar dan kemudian klik Seterusnya.



8. Sekiranya nombor TAC yang anda masukkan betul, transaksi anda akan berjaya dan jumlah pengeluaran yang anda mohon akan dikreditkan kedalam akaun bank anda.



Proses pengeluaran ini sangat mudah dan tidak berlu bersesak ke kaunter di cawangan ASB. Namun begitu, pastikan anda hanya membuat pengeluaran sekiranya bekeperluan sahaja. 

Jangan lupa share post ini sekiranya bermanfaat!

Post a Comment

0 Comments